Monday, September 27, 2010

SPR: Pilihanraya kecil DUN Galas.

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.


"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya ketika dihubungi Bernama.


Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lalu meninggal dunia kira-kira 4.30 petang tadi.


Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.


Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.


Sementara itu, di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.


"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.


"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPRM bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya.-Bernama

Sunday, September 26, 2010

Siasatan kes Sosilawati masih belum diselesaikan.

GEORGETOWN: “Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dan siasatan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, sehingga kini polis masih meneruskan siasatan daripada pelbagai aspek mengenai kes pembunuhan yang berlaku dan pihaknya akan menyelesaikan segala siasatan tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini semalam.


Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas.


Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Cawangan Khas, Datuk Rosli Abbas dan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman.


Kelmarin, polis membawa semula semua suspek dan beberapa rakannya ke lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut.

Wednesday, September 22, 2010

Rumah pegawai CIMB mangsa pembunuhan kejam disimbah cat merah

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kediaman Allahyarham Noorhisham Mohammad, 38, salah seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah.

Isteri dan anak-anak Allahyarham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lepas.

Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Allahyarham Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pukul 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

"Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. - Bernama

Sunday, September 19, 2010

Kerajaan mohon sokongan majikan

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam hari ini meminta para majikan supaya menyokong dasar gaji minimum bagi memastikan pelaksanaannya, kemungkinan pada tahun depan, berjalan lancar.

Beliau berkata, mereka tidak perlu bimbang atau menganggap dasar itu sebagai halangan kepada perniagaan mereka.

“Niat kita bukan untuk membebankan para majikan. Kita hanya akan menetapkan satu tahap minimum dalam soal gaji dan ia terpulang kepada para majikan untuk membayar sebarang jumlah melampaui tahap itu kepada para pekerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Dr. Subramaniam dipetik sebagai berkata bahawa model gaji minimum itu adalah menyeluruh bagi semua sektor tetapi ia berbeza mengikut wilayah.

Disebalik jaminan kerajaan bahawa dasar gaji minimum tidak akan menjejaskan industri, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) masih tetap dengan pendiriannya bahawa dasar itu akan memberi kesan kepada perniagaan dan pekerja tempatan kerana ia cenderung untuk memberi manfaat kepada pekerja asing yang kurang mahir dan berpendapatan rendah. - Bernama

Friday, September 17, 2010

wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Rakam adik sendiri dicabul bomoh

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.

Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.

Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.


Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.


Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.


Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.


Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.


“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.


“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.


Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.


Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.



“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.


“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.


Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.


Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.

Sumber: Harian Metro

Thursday, September 16, 2010

Sumbangan ikhlas diperlukan sambil jana pendapatan anda tanpa perlu keluarkan wang

Daftar sahaja dalam program ini anda akan diberi $3 sebagai bonus pendaftaran.

Anda akan diberi unik ID Link selepas mendaftar secara percuma. Promosikan link anda pada email, facebook atau blog anda. Setiap klik melalui link anda, anda akan di bayar $0.05. Lebih banyak klik, lebih banyak anda dapat.

Berikut adalah buktinya (USD)












Untuk mendaftar sila klik sini

Kerajaan perlu ambil tindakan ke atas pemilik blog-blog lucah berikut

This summary is not available. Please click here to view the post.

Wednesday, September 15, 2010

Gadis di paksa tayang Payudara di rakam

GEORGE TOWN: Sebuah klip video yang menunjukkan empat gadis memaksa seorang pelajar 16 tahun membuka  pakaian  dan menayangkan payudara serta bahagian sulit yang diedarkan secara meluas di sini dan utara Perak.

Insiden itu terjadi di sebuah sekolah di Bukit Gantang, Perak sekitar sebulan yang lalu.

Selama serangan itu, kamera menyerlahkan pada dada dan bahagian peribadi mangsa, yang awalnya mengenakan kemeja-T dan seluar panjang.

Gadis-gadis, dipercayai pelajar sekolah menengah, juga terlihat tertawa saat mereka menendang kepala mangsa, wajah, bahu dan bahagian peribadinya di sebuah tangga dari sebuah bangunan.

Sebuah akhbar harian Cina melaporkan bahawa salah satu gadis-gadis itu menggunakan kata-kata kesat, sementara mangsa terdengar menangis kesakitan selama serangan itu. Satu suara laki-laki juga terdengar di latar belakang video.

Laporan itu mengatakan insiden itu mungkin terjadi di tingkat dua tangga sebagai tetingkap biasa dilihat di latar belakang.

Akhbar Harian melaporkan bahawa  Seorang pelajar telah menemui klip video itu di handphone-nya.

Namun, dia menolak untuk mendedahkan bagaimana ia memperoleh klip tersebut.

Harta ahli perniagaan RM5.9 Bilion dirampas polis

ROME 15 Sept. - Polis hari ini berkata, pihaknya berjaya merampas harta berjumlah AS$1.9 bilion (RM5.9 bilion) milik seorang ahli perniagaan, Vito Nicastri yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.
Hasil siasatan polis mendapati, ahli perniagaan terbabit terlibat dalam beberapa perniagaan haram.

Beberapa aset ahli perniagaan berusia 54 tahun itu telah dirampas pihak berkuasa seperti beberapa buah syarikat miliknya, akaun bank, hartanah miliknya dan beberapa buah kereta mewah.

Ia dipercayai merupakan rampasan terbesar dalam sejarah yang pernah dibuat oleh polis Itali. - AP

Tuesday, September 14, 2010

Nik Aziz sempurnakan Istiadat pemasyuran Sultan Kelantan

KOTA BHARU 13 Sept. - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini," katanya ketika mengumumkan pemasyhuran itu.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang juga Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Pengelola dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pembesar-pembesar negeri dan semua anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini bagi membuat keputusan itu.

Sebagai mewakili rakyat jelata, Nik Abdul Aziz melafazkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan.

"Sekian hamba rakyat mengaku taat setia dan kepada Allah SWT dipohonkan taufik dan hidayat semoga Tuanku Muhammad Faris Petra dapat memerintah dan memandu negeri agar aman, mewah dan makmur dan semoga Allah SWT menyelamatkan Tuanku di dunia dan di akhirat," katanya sebelum mengakhiri pengisytiharan itu dengan laungan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali.

Menurut sumber, seramai 15 anggota MPN hadir pada mesyuarat pagi ini kecuali dua anggotanya iaitu Ahli Parlimen Gua Musang yang juga kerabat diraja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Oktober 1969 telah dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985.

Baginda juga mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri. - Bernama

Wednesday, September 8, 2010

Jual tubuh demi kekasih

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Timur Tengah.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh. Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ita, 35, yang kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan. Ita mengakui termakan pujukan kekasihnya itu lalu membuat keputusan berangkat ke Arab Saudi, tetapi disebabkan sumber kewangan terbatas, dia berusaha mendapatkan pinjaman peribadi di beberapa institusi kewangan. “Selepas beberapa kali mencuba di beberapa institusi kewangan mereka menolak permohonan saya dengan mengatakan saya tidak layak kerana bergaji kecil.

“Kekasih pula asyik mendesak supaya segera ke Arab Saudi untuk bertemunya menyebabkan saya tertekan sebelum menceritakan masalah kepada seorang rakan lelaki yang menetap di Kuala Lumpur,” katanya yang bekerja sebagai kerani. Dia berkata, rakannya itu menunjukkan simpati sebelum menghubungi semula beberapa hari kemudian dengan menawarkan bantuan kewangan. “Pada mulanya saya gembira kerana dia sudi membantu namun terkejut apabila dia meletakkan syarat supaya saya menyerahkan tubuh sebelum permintaan saya itu dipenuhi secara percuma,” katanya. Wanita itu berkata, akibat terdesak dan terpengaruh dengan janji manis lelaki terbabit, mereka bertemu di sebuah hotel di negeri ini dan melakukan hubungan terlarang itu.


“Selepas hubungan seks tanpa rela diadakan dengan lelaki yang saya anggap rakan itu, dia berjanji memasukkan wang saya perlukan. Malangnya, selepas beberapa minggu menunggu dan memeriksa akaun bank, wang dijanjikan tiada.


“Luluh hati saya apabila saya mendapati ditipu, malah lelaki terbabit ketika dihubungi beberapa kali memberikan pelbagai alasan seolah-olah cuba mengelak menunaikan janjinya. “Saya sedar apa saya lakukan itu tidak bermoral, tetapi kerana cinta, diri saya hilang pertimbangan sehingga sanggup mengorbankan kesucian diri semata-mata untuk bertemu kekasih yang dikenali sejak sebulan lalu. “Kehangatan dan kemaruk cinta siber membuatkan saya menghabiskan empat hingga lima jam sehari melayari Internet untuk berhubung dengan kekasih saya itu yang berusia 30 tahun yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah hotel di Arab Saudi,” katanya.


Menurutnya, kekasih warga Arab itu bukan saja pandai bermain kata, malah berjanji mendirikan rumah tangga dengannya menyebabkan dia gelap mata selepas dikecewakan beberapa lelaki tempatan sebelum ini.


Ita berkata, dia berbuat demikian kerana bimbangkan kekasihnya itu berubah hati dan untuk mengelakkan diri dikecewakan sekali lagi sehingga nekad melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi permintaannya.


“Saya tidak mahu dikecewakan lagi, namun tidak menyangka jadi begini. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi selepas ini terutama selepas menjual diri hanya semata-mata untuk mendapatkan wang belanja ke Arab Saudi bagi bertemu kekasih.


“Takut nanti kekasih di Arab Saudi itu yang sebelum ini berjanji mahu berkahwin dengan saya turut mempermain dan meninggalkan saya dengan pelbagai alasan,” katanya.


Menurutnya, dia tampil menceritakan kisah hidupnya itu sebagai pengajaran kepada semua wanita supaya tidak mudah terpedaya janji manis lelaki yang berpura-pura prihatin, malah perlu berfikir sebelum mengambil jalan singkat untuk menagih cinta Internet kerana ia tidak pasti.

kisah jual tubuh demi wang pula

Kementerian Luar tidak tegas dengan Indonesia

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta Kementerian Luar menyampaikan mesej yang lebih tegas kepada Indonesia agar segala demonstrasi dan tindakan menghina Malaysia dapat dihentikan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat Malaysia sudah tidak boleh bertolak ansur dengan demonstrasi oleh beberapa kumpulan aktivis Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kerana ia membabitkan maruah rakyat Malaysia.

"Saya sambut baik perjumpaan antara Menteri Luar Malaysia dan Indonesia tetapi bagi saya soal persetujuan antara kedua menteri tidak ada makna sekiranya mereka masih lagi menyerang kedutaan kita di sana.


"Saya khuatir perasaan sebenar rakyat Malaysia yang sabar selama ini gagal disampaikan oleh Kementerian Luar kepada Indonesia kerana kita sudah tidak boleh bertolak-ansur lagi," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Kepenggunaan Muda di sini, hari ini.


Beliau mengulas hasil perjumpaan antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu semalam.


Dalam perjumpaan itu, kedua-dua negara bersetuju untuk mengusahakan satu Prosedur Standard Operasi (SOP) dan peraturan penglibatan (ROE) sebagai garis panduan apabila mengendalikan petugas masing-masing di kawasan persempadanan perairan, agar insiden 13 Ogos lalu tidak berulang.


Malaysia dan Indonesia juga bersetuju untuk membabitkan Badan Koordinasi Keamanan Laut (Bakormla) dari pihak Indonesia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam struktur jawatankuasa Sempadan Am yang sedia ada bagi tujuan ini.


Khairy berkata, Kementerian Luar sepatutnya menyampaikan mesej lebih tegas mengenai perasaan rakyat Malaysia serta bagaimana cara untuk menghentikan demonstrasi itu dan bukannya berkisar pada persetujuan untuk menghadapi masalah akan datang semasa perjumpaan antara kedua negara semalam.


Katanya, beliau memahami bahawa sistem negara itu dengan Malaysia adalah berbeza tetapi mesej tegas perlu disampaikan agar demonstrasi yang berlaku dapat dihentikan bukan sahaja ketika ini malah ia tidak akan berulang pada masa depan.


Mengenai Kempen Pengguna Muda, Khairy berkata, ia bertujuan memberi pendidikan kepada masyarakat khususnya orang muda mengenai hak mereka sebagai pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan helah peniaga.


Kempen hasil kerjasama antara Pemuda dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan digerakkan hujung tahun ini di mana semua anggota Pemuda boleh digerakkan sebagai jentera dalam mengedarkan maklumat serta risalah mengenai hak pengguna kepada masyarakat.-Bernama

klik sini untuk derma ikhlas tanpa bayaran

Monday, September 6, 2010

Empat Pengarah didenda

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bursa Malaysia Securities Bhd. hari ini mendenda sejumlah RM1.88 juta ke atas empat bekas pengarah Transmile Group Bhd.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia berkata, mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Gan Boon Aun (RM781,500); bekas pengarah eksekutif, Khiudin Mohb (RM781,500); pengarah bebas bukan eksekutif, Chin Keem Feung (RM162,000); dan bekas pengarah bebas bukan eksekutif, Shukri Sheikh Abdul Tawab (RM162,000).

Mereka didenda kerana melanggar syarat penyenaraian (LR) Bursa Malaysia membabitkan masa dan pendedahan tepat maklumat kewangan.

Pelanggaran itu sebahagian besarnya melibatkan transkasi utama yang dilaksanakan oleh anak syarikatnya, Transmile Air Service Sdn. Bhd.

Ia merekodkan lebihan kira-kira 30 peratus daripada perolehan disatukan bagi tahun berakhir Disember 2006, dan 35 peratus perolehan disatukan untuk tahun berakhir Disember 2005, untuk perkhidmatan yang tidak disediakan.

Selain hartanah, kilang dan perkakasan bernilai RM341 juta untuk tahun berakhir Disember 2006, yang juga tidak disahkan. – Bernama

Israel akan dimusnahkan

DOHA 6 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengulangi amarannya akan memusnahkan Israel sekiranya rejim Zionis Israel itu menyerang negaranya.

Beliau mengulangi amarannya ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini dalam rangka lawatannya ke negara ini.

“Jika mereka (Israel) bertindak menyerang Iran, ini bermakna bangsa Zionis juga akan hancur dan musnah di muka bumi ini.

“Namun, saya yakin Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak akan berani mengisytiharkan perang terhadap Iran kerana mereka sedar akan kekuatan kami,” tambah beliau. - AFP

Friday, September 3, 2010

Penolong pengarah dituduh menipu

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pengarah dari Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua tuduhan terlibat dalam pemalsuan butiran dalam dokumen dan satu tuduhan menipu tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Nadzri Mohd. Radzi, 27, didakwa dengan niat memperdayakan butiran dalam dokumen iaitu invois M Suites Hotel bagi pakej penginapan makan dan minum bagi kursus budaya kerja cemerlang kumpulan pengurusan Zon Selatan dan Putrajaya bertarikh 13 hingga 15 Mei 2009 di hotel itu berjumlah RM20,010 sedangkan jumlah sebenar pakej itu adalah RM10,810.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wisma Sumber Asli, Putrajaya, pada Mei 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Nadzri didakwa dengan niat mengesahkan butiran palsu dalam dokumen iaitu pesanan kerajaan bertarikh 17 April 2009 berjumlah RM18,360 bagi pakej penginapan makan dan minum bagi kursus budaya kerja cemerlang kumpulan sokongan Zon Utara dan Zon Timur dari 22 hingga 24 April 2009 di The Regency Hotel, Alor Setar, yang mana jumlah sebenar bayaran yang dikenakan oleh hotel itu adalah RM10,462.

Bagi pertuduhan ketiga, Mohd. Nadzri didakwa menipu kerajaan Malaysia dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Putrajaya, dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa kos penganjuran seminar Kursus Budaya Kerja Cemerlang Kumpulan Sokongan Zon Utara dan Zon Timur pada 22 hingga 24 April 2009 adalah RM18,360, di mana kos penganjuran seminar yang sebenar adalah RM10,462, sehingga mendorong mereka membuat pembayaran lebihan berjumlah RM7,898 kepada PKNK Hotel Sdn. Bhd., pemilik kepada The Regency Hotel, Alor Setar.

Pertuduhan kedua dan ketiga didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wisma Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya, pada April 2009.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan kes. – Bernama

Thursday, September 2, 2010

Akhirnya Zakri dan Fairuzizuan dipisahkan


Petaling Jaya: Sudah tak dapat dielakkan lagi daripada menamatkan sahaja kerjasama bergu lelaki negara Mohd Tazari Mohd Fairuzizuan dan Mohd Zakry Abdul Latif yang sudah berpasangan selama 3 tahun.

Ketua Jurulatih bergu negara Rexy Mainaky telah memberi mereka rakan baru sebagai cara satu usaha untuk menguatkan kembali pasangan elit bergu negara dalam menghadapi Sukan Olimpik 2012  di London.

Fairuzizuan akan berpasangan dengan Ong Soon Hock sementara Zakry akan mendapat pasangan baru dengan Hoon Thien.

Wednesday, September 1, 2010

Chong Wei beri alasan kekalahan di tangan Taufik Hidayat


Sepang: Lee Chong Wei memboikot Kejohanan badminton China Masters di Changzhou bermula dari 14-19 September, dengan keputusan itu Malaysia tanpa wakil perseorangan lelaki untuk kejohanan tahun ini.

Jurulatih Misbun Sidek mengambil keputusan tersebut selepas perbincangan dengan Chong Wei agar tidak membebankan  Chong Wei untuk tidak akan memburukkan lagi risiko kecederaan belakang beliau.

Pada kejohanan Dunia yang lalu, Chong Wei ada  mengeluh sakit belakangnya kembali ketika pusingan ketiga melawan pemain  India Rajiv Ouseph di Kejohanan Dunia di Paris Rabu lalu.

Sakit belakang ini juga menjadi punca kekalahan beliau di tangan bekas juara dunia dan juara Olimpik Taufik Hidayat dari Indonesia pada suku akhir keesokan harinya.

"Saya ingin Chong Wei pulih  sepenuhnya kerana ada beberapa perlawanan penting yang akan datang ( Commonwealth Games dan Asian Games pada bulan Oktober dan November, masing-masing) " kata Misbun, sekembalinya dari Paris untuk kejohanan dunia.

"Chong Wei, memerlukan rawatan dan pemerhatian sepenuhnya oleh ahli perubatan untuk mengetahui bagaimana seriusnya keadaannya dan kemampuan beliau untuk meneruskan latihan penuh .. Kami telah berunding dengan doktor di sana (Paris) dan dia mengatakan bahawa Chong Wei telah mengalami kembali kecederaan belakangnya.