Monday, October 18, 2010

Terbaru: Gempa bumi 3.8 pada skala Richter di Tawau pagi ini.

TAWAU 18 Okt. - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira pukul 4.37 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira pukul 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru. - Bernama

Sunday, October 17, 2010

Ayam serama untuk tarik pelancong

KOTA BHARU - Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan akan menjadikan pertandingan ayam serama atau ayam katek sebagai produk baru pelancongan bagi menarik pelancong luar negara, khasnya negara jiran ASEAN ke negeri ini.


Pengurusnya, Ahmad Shukeri Ismail berkata, ia juga akan dijadikan acara tahunan selain pertandingan wau atau layang-layang peringkat antarabangsa.


Beliau berkata, pertandingan ayam serama peringkat negara Asean itu akan diadakan pertama kali di tapak kekal Taman Orkid Tengku Anis, di Jalan Padang Tembak di sini pada 23 Oktober ini.


"Pada peringkat permulaan ini seramai 400 peserta memberi persetujuan menyertai pertandingan kecantikan ayam serama itu yang akan dikendalikan Persatuan Peminat Ayat Serama Kelantan," katanya di sini hari ini.


Menurutnya, antara negara ASEAN terbabit ialah Thailand, Singapura dan Indonesia selain peminat ayam serama dari Pantai Barat Semenanjung, khasnya Kuala Lumpur.


Katanya, pada pertandingan itu, peserta tempatan dan luar negara berpeluang didedahkan dengan maklumat mengenai keunikan haiwan itu serta teknik pemeliharaan agar boleh dijadikan industri penjanaan ekonomi jika dikomersialkan. - Bernama

Friday, October 15, 2010

Kelantan menang juga, meskipun penyokong agak bersopan

Tiada insiden berdarah, penyokong kelantan mula tunjuk semangat kesukanan yang tinggi. Hanya kejadian membaling botol sedikit mencacatkan keadaan.

KOTA BHARU 15 Okt. - Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini.

Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok.

Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat penonton kedua-dua pasukan. - Utusan

Tengok TV online di komputer anda tanpa bayaran bulanan.

Watch television - Online IP televisionGet
4000 Live TV stations from your PC.
No need of of a TV hardware. 100% legal - no monthly payment needed.
Watch TV channels online anywhere. All you need is
our Internet television software,
your computer, and Internet connection.
It's not hard to find a last episode of Malcolm in the Middle
up and running the next day. No longer reason to miss your favourite television shows!
Online Television changes the way we watch Television.
There are other web sites that are created specifically to Online
Television. Pages like our IP television software
give you opportunity of watching anything you like.
Visitors can either search or look at the different categories of shows they offer.
For example, if someone looking for episodes of Larry Sanders, then look under the Comedy section.
It's my favourite Internet TV. It's so easy and convenient to use.
There are number of Interenet pages that allow you to watch Television stations.
Have you seen your preferred show recently?
Or do you just want to watch reruns of old shows?
No swet to recall them. Find them on
video Interenet portals such as IP television software,
or social networking pages like MySpace. They sometimes offer
you one or two parts of the favorite or top rated channels.
Also are available stations that can be seen only on the Online.
They last for a short time, but are worth viewing.

Wednesday, October 13, 2010

Sultan tarik balik gelaran Ibrahim Ali

KOTA BHARU 13 Okt. – Selepas melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menarik balik pula anugerah bintang daripada empat individu.

Baginda menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini.

Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

Akhirnya 4 individu di dakwa bunuh Datuk Sosilawati

BANTING 13 Okt. – Peguam, N. Pathmabhan dan tiga yang lain didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam sehingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting di sini.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - Utusan

Thursday, October 7, 2010

Nik Aziz mungkin beri cuti peristiwa untuk PRK Galas

KOTA BHARU 7 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 Nov untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.

Katanya, beliau juga kesal dengan tarikh itu yang jatuh pada hari bekerja dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan hari bekerja dan urusan dengan orang ramai.

"Tindakan yang dibuat oleh SPR itu boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan di sini, hari ini.

SPR mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 26 Oktober, dan jika ada pertandingan pilihan raya ditetapkan pada 4 November. – Bernama

Guru edar produk peransang seks ditukarkan

JOHOR BARU: Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Skudai, yang telah menyebarkan risalah tentang dadah meningkakan seks di sekolahnya, telah dipindahkan keluar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor  Sufaat Tumin berkata  guru itu dialihkan ke sekolah menengah lain di Johor Baru baru-baru ini menyusul selepas laporan diajukan terhadap dia.

"Penyelidikan telah selesai bulan lepas dan laporan telah dihantar kepada Jabatan Pendidikan," katanya kepada The Star kelmarin.

"Tindakan lebih lanjut terhadap guru bergantung pada beratnya kesalahan," katanya.

perniagaan sampingan guru tersebut datang ke pengetahuan seorang pengusaha Ng Ching Laut, 58, yang menemui risalah tentang dadah peningkatan seks di antara buku-buku anaknya kira-kira dua minggu lalu.

Beliau kemudian mendapati bahawa guru tersebut bertanggungjawab untuk mengedarkan risalah tersebut kepada pelajar.

Sufaat berkata, kes yang melibatkan guru adalah insiden yang terpencil.

Dia menjelaskan bahawa negari mempunyai  48.000 orang guru tetapi hanya beberapa yang ada dalam masalah disiplin.

Dia menambah bahawa pentadbir sekolah bertanggung jawab untuk memantau kegiatan guru mereka.

"Sangat penting bagi semua guru untuk mematuhi peraturan dan menetapkan contoh yang baik bagi para pelajar."

Sementara itu, Ng berkata beliau puas hati dengan tindakan tegas diambil untuk berurusan dengan guru.

"Nilai-nilai yang baik harus diusahakan oleh orang tua di rumah dan guru di sekolah," katanya.

Guru itu dikatakan telah menjual produk seks tambahan yang merangkumi ubat-ubatan, gel dan pil.

Kamasutra bergambar versi Bahasa Melayu


Sila klik gambar

Wednesday, October 6, 2010

Pilhanraya kecil Galas 4 November

PUTRAJAYA 6 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 26 Oktober ini manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini. – Utusan

24 orang Hindu ditahan kerana protes

MUMBAI 6 Okt. - Polis menahan 24 nasionalis Hindu selepas mereka bertindak meluru masuk ke dalam set sebuah rancangan televisyen realiti popular India bagi memprotes penyertaan dua pelakon dari Pakistan semalam.

Aktivis Shiv Sena itu memecah masuk pintu pagar sebuah banglo di mana rancangan “Bigg Boss” sedang menjalani penggambaran bagi mendesak penerbitnya menyingkirkan model Pakistan, Veena Malik dan pelakon, Ali Saleem yang dikenali sebagai Begum Nawazish Ali di televisyen.

Pegawai polis kanan Lonavala, Balraj Lengle berkata, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan, namun 24 aktivis itu telah dituduh menceroboh.

Lonlava merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Mumbai. - AP