Thursday, December 16, 2010

entahlah betul ke tidak ni?


Monday, November 22, 2010

Akhirnya Mat Yi dan Mat Yo tumpas di Kelantan

TUMPAT 22 Nov. _ Polis berjaya menyelesaikan 74 kes samun dengan tertumpasnya Geng Mat Yie selepas empat anggota kumpulan berkenaan berusia 20-an, ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kota Bharu dalam tempoh enam hari bermula 14 November lalu.

Dalam serbuan itu yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Sukeri Hassan, polis turut merampas berpuluh-puluh jenis senjata merbahaya, peralatan pecah rumah, komponen motosikal dan pelbagai jenis barangan curi bernilai RM70,000.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, geng tersebut diketuai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Yie, 25, dan dibantu oleh adiknya, Mat Yo, 23, dipercayai bergiat aktif sejak 10 bulan lalu di Wakaf Bharu, Palekbang di Tumpat dan sekitar Kota Bharu. - Utusan

Monday, October 18, 2010

Terbaru: Gempa bumi 3.8 pada skala Richter di Tawau pagi ini.

TAWAU 18 Okt. - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter dikesan berlaku di Tawau kira-kira pukul 4.37 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kira-kira pukul 5.05 pagi tadi di sini menyebut bahawa pusat gegaran itu dikesan di latitud 4.4 Utara dan longitud 118.1 Timur iaitu lapan kilometer dari barat laut Tawau.

Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru. - Bernama

Sunday, October 17, 2010

Ayam serama untuk tarik pelancong

KOTA BHARU - Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan akan menjadikan pertandingan ayam serama atau ayam katek sebagai produk baru pelancongan bagi menarik pelancong luar negara, khasnya negara jiran ASEAN ke negeri ini.


Pengurusnya, Ahmad Shukeri Ismail berkata, ia juga akan dijadikan acara tahunan selain pertandingan wau atau layang-layang peringkat antarabangsa.


Beliau berkata, pertandingan ayam serama peringkat negara Asean itu akan diadakan pertama kali di tapak kekal Taman Orkid Tengku Anis, di Jalan Padang Tembak di sini pada 23 Oktober ini.


"Pada peringkat permulaan ini seramai 400 peserta memberi persetujuan menyertai pertandingan kecantikan ayam serama itu yang akan dikendalikan Persatuan Peminat Ayat Serama Kelantan," katanya di sini hari ini.


Menurutnya, antara negara ASEAN terbabit ialah Thailand, Singapura dan Indonesia selain peminat ayam serama dari Pantai Barat Semenanjung, khasnya Kuala Lumpur.


Katanya, pada pertandingan itu, peserta tempatan dan luar negara berpeluang didedahkan dengan maklumat mengenai keunikan haiwan itu serta teknik pemeliharaan agar boleh dijadikan industri penjanaan ekonomi jika dikomersialkan. - Bernama