Wednesday, October 6, 2010

24 orang Hindu ditahan kerana protes

MUMBAI 6 Okt. - Polis menahan 24 nasionalis Hindu selepas mereka bertindak meluru masuk ke dalam set sebuah rancangan televisyen realiti popular India bagi memprotes penyertaan dua pelakon dari Pakistan semalam.

Aktivis Shiv Sena itu memecah masuk pintu pagar sebuah banglo di mana rancangan “Bigg Boss” sedang menjalani penggambaran bagi mendesak penerbitnya menyingkirkan model Pakistan, Veena Malik dan pelakon, Ali Saleem yang dikenali sebagai Begum Nawazish Ali di televisyen.

Pegawai polis kanan Lonavala, Balraj Lengle berkata, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan, namun 24 aktivis itu telah dituduh menceroboh.

Lonlava merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Mumbai. - AP

No comments:

Post a Comment