Friday, July 30, 2010

Amal Jariah: 6 Juta Link ke blog anda

Pernah tak dulu korang terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma jer..

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

Thursday, July 29, 2010

Pas Jadi Kuasa Penentu Politik Malaysia

Pas Cheras tertarik dengan pendapat blogger ini.....bagaimana pendapat anda sila komen?


SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA


KERTAS CADANGAN

________________________________________________________________

”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

____________________________________________________________




TEMPAT :

MALAYSIA


OLEH :

www.cikguleepk.blogspot.com

AHLI JAWATANKUASA KHAS

PROGRAM PENGUASAAN AHLI PARLIMEN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA



DENGAN KERJASAMA



SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA



”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

1.0 PENDAHULUAN

Projek penguasaan melayu di Parlimen Malaysia ini adalah bertujuan untuk kemudahan menggubal dasar perundangan islam dan menjamin keselamatan dan kebajikan orang islam khasnya dan seluruh rakyat malaysia amnya.

2.0 OBJEKTIF

1. Orang Melayu menguasai kerusi-kerusi parlimen
2. Menggubal dasar-dasar islam tanpa menggugat kesejahteraan semua kaum di Malaysia
3. Mengelakkan pergaduhan dan perpecahan sesama islam di Malaysia
4. Menjadi Negara Islam terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

3.0 MATLAMAT

i. Memudahkan pelaksanaan dasar-dasar islam
ii. Tahap kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan dengan adanya pemimpin-pemimpin islam yang unggul
iii. Menjalin hubungan yang baik dengan pemimpin bukan islam
iv. Mengurangkan maksiat, dan pelbagai masalah sosial di Malaysia.

4.0 TEMPAT

Semua Parlimen di Malaysia

5.0 SASARAN

1. Semua ahli dan pemimpin PAS
2. Semua ahli dan penyokong Umno
3. Seluruh Rakyat Malaysia

6.0 KAEDAH

Sebelum

Carta Taburan ahli parlimen mengikut Parti PRU-12

















Carta taburan ahli parlimen mengikut kaum













Langkah

1. PAS keluar dari pakatan Rakyat apabila timbul isu yang membabitkan agama islam
2. PAS bertanding di kawasan Majoriti Cina yang tidak boleh ditandingi umno kerana perjanjian dengan MCA dan MIC semasa proses memerdekakan Malaysia
3. Dijangkakan berlaku persaingan 3 penjuru antara MCA, DAP dan PAS membolehkan semua orang islam mengundi PAS. Walaupun KAwasan majoriti cina (nama sahaja) orang melayu masih lebih ramai dari bangsa lain memberikan kelebihan kepada pas dalam membawa kempen islam di sana.
4. UMNO tidak perlu berkempen di kawasan tersebut.

Jangkaan Keputusan

Jangkaan keputusan mengikut parti














Jangkaan keputusan mengikut kaum



















Hasil

1. UMNO bertanding di kawasan Majoriti Melayu seperti biasa
2. Akan berlaku persaingan hebat antara umno dan Pas untuk menguasai kerajaan di jangka kelebihan tipis kepada sesiapa yang menang walaubagaimanapun semuanya orang islam.

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Projek penguasaan melayu islam di Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Ianya juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, diharapkan semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Semoga pihak tuan dapat mengusulkan dalam parti-parti tuan untuk melaksanakan projek ini. Sila sebarkan projek ini kepada semua rakyat malaysia beragama islam untuk menjayakannya. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

www.cikguleepk.blogspot.com


Man Utd Stars Salaries 2010

1) Rio Ferdinand ( 120,000 Pounds weekly )
2) Wayne Rooney ( 115,000 Pounds weekly )
3) Dimitar Berbatov ( 110,000 Pounds weekly )
4) Ryan Giggs ( 100,000 Pounds weekly )
5) Nemanja Vidic ( 90,000 Pounds weekly )
6) Paul Scholes ( 80,000 Pounds weekly )
7) Michael Carrick ( 80,000 Pounds weekly )
8) John O Shea ( 75,000 Pounds weekly )
9) Derren Fletcher ( 70,000 Pounds weekly )
10) Park Ji Sung ( 65,000 Pounds weekly )
11) Antonio Valencia ( 65,000 Pounds weekly )
12) Wes Brown ( 60,000 Pounds weekly )
13) Gary Neville ( 60,000 Pounds weekly )
14) Patrice Evra ( 55,000 Pounds weekly )

Monday, July 26, 2010

Di manakah Keadilan?

Di suatu petang yang nyaman… Sedang saya syok-syok tidur, terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..



Kemudian, benda tu bergerak ke badan..


Tetiba rasa macam kena patuk kat perut.. Takkan kutu kot?


Bila toleh, rupenyer si ijou, burung kecik yang tuan saya baru beli semalam


Saya suruh ijou pergi main jauh-jauh, saya tak mau kawan ngan dia… Lagipun saya ngantuk giler time tu

Tapi dia tak mau dan masih patuk-patuk saya
Pastu dia naik lagi atas badan saya, berat gak si ijou ni.
Tak lama kemudian, saya dengar dia tengah patuk benda lain lak… Rupanye mengerjakan handphone tuan saya

Saya pun jerit “Oi! rosak nanti.. Tuan marah lah”.


Dia melawan lak tu
Masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak



Akibatnya saya dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri.



Oh! dimanakah keadilan? bukan saya yang buat tuan

 Serius, memang lucu. Tabik spring kat orang yang cipta citer ni. Huhu.. Dan kalau difikir-fikirkan, ianya selalu terjadi. Oh ya, kami nak bagi kredit tapi tak tahu siapa pemilik asal gambar dan cerita lucu ni. Kalau korang tahu sape punya, roger2 la yer.

Sunday, July 25, 2010

Gabungan Proton dan Perodua: Toyota yang untung.

Sejauh manakah penggabungan Proton dan Perodua bakal memberi input positif kepada kedua-dua syarikat pengeluar kereta Malaysia ini?

--------------------------------------------------------------------------------
TAHUN 2009 adalah tahun paling mencabar dalam dunia automotif. Kesan langsung daripada krisis subprima Amerika Syarikat (AS) yang merebak ke Eropah, kini menular di benua Asia.

Industri Automotif AS merupakan penanda aras terhadap ekonomi mereka secara keseluruhan. Jatuhnya konglomerat seperti GM dan Chrysler adalah titik mula terhadap kerapuhan industri yang sudah bertahan hampir 100 tahun lamanya di dunia.
Industri automotif sebenarnya perniagaan kejam yang amat menduga.
Lebih besar sesebuah pemilikan syarikat itu, maka lebih banyak sudut-sudut rapuh yang akan terbina tanpa sedar.

GM adalah contoh terbaik. Dengan memiliki genggaman saham besar di banyak negara, adalah sukar untuk memperlahankan kesan langsung impak ekonomi tersebut.
Selain memiliki Caddilac, Buick dan Chevy, GM terpaksa bertarung untuk memperjudikan masa depan Saab, Opel dan Daewoo dari dunia yang berbeza.
Meskipun tersenarai antara projek bail-out terbesar AS, ia juga tidak dapat bertahan.
Justeru, adakah syarikat-syarikat kecil seperti Proton dan Perodua terkecuali?

Tidak sama sekali. Malah, mereka seharusnya sudah mula memikirkan strategi untuk bertahan lebih baik dalam masa terdekat.
Kurang model bermakna kurang pembeli baru. Model baru yang salah juga akan terus menjahanamkan syarikat jika pertimbangannya tidak betul. Pada saat ini, apa juga tindakan yang bakal diambil akan memberi impak terus kepada syarikat.

ADAKAH penggabungan dua syarikat automatif ini mampu menyelamatkan mereka daripada kemerosotan ekonomi dunia?
--------------------------------------------------------------------------------
Cadangan penggabungan Proton dan Perodua merupakan antara gesaan yang enak dan menarik untuk didengar, namun sukar dilaksanakan. Mungkin ramai yang mengandaikan, ia syarikat milikan negara seperti Kia dan Hyundai di Korea Selatan.
Namun, harus diingat, Hyundai dan Kia adalah dua contoh berbeza dalam industri yang bertunjangkan nasional.
Sedangkan di Malaysia, hanya Proton sahaja yang tinggal sebagai pembuat kereta nasional. Proton bergabung dengan Perodua adalah sama ertinya dengan menjual saham mereka kepada Toyota.

Banyak halangan yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak sebelum mereka boleh bekerjasama di bawah satu bumbung. Dari sudut positifnya memang banyak.

Mereka tidak perlu bersaing sesama sendiri. Satu model bagi setiap segmen dan satu model untuk satu pembeli. Kelebihan lain termasuklah perkongsian fasiliti, pembuatan perkakasan asli OEM, perkongsian vendor, pengagihan pusat pengeluaran, rangkaian pengedaran dan banyak lagi untuk disenaraikan.

Namun begitu, ia hanya dapat dilaksanakan sekiranya perkara yang paling asas dapat diselesaikan terlebih dahulu.

Proton mungkin tidak menghadapi banyak rintangan. Paling sukar mungkin mendapatkan persetujuan daripada lembaga pengarah Khazanah Nasional yang merupakan pemegang saham terbesar dalam Proton Holdings Berhad.

PROTON semakin agresif dengan menghasilkan model-model jentera rekaan terbaik.

--------------------------------------------------------------------------------

Daripada beberapa senario sebelum ini, seperti idea Proton bersama Volkswagen dan GM, kelihatannya Proton berpendirian tegas dalam memastikan Proton kekal sebagai entiti negara.

Jadi, seakan-akan ada sinar harapan untuk bergabung dengan Perodua. Jika sekalipun persetujuan ini dicapai, prosedur paling rumit ialah memastikan penyelesaian di pihak Perodua pula.

Perodua walaupun pada namanya merupakan Perusahaan Otomobil Kedua, namun hakikatnya ia tidak lebih daripada sekadar lambang Malaysia.

Saya pernah menggunakan ungkapan 'kereta tempatan yang diimport' pada Perodua Nautica. Ramai yang membidas. Malah diperhatikan, ramai pembaca tidak menyedari bahawa kereta tersebut merupakan Toyota Rush versi 'pendek' di Jepun.

Bukan memperlekehkan Perodua, namun sebenarnya kagum dengan corak pemilihan model, mengekalkan dan menamatkan pengeluaran model-model mereka. Setakat ini, mereka berjaya melakukan dengan baik. Lihat sahaja berapa banyak Myvi dijual setiap bulan malah, Kancil yang berusia 15 tahun dalam produksi itupun masih lagi dijual.

Strategi perniagaan beginilah yang membolehkan Toyota menjadi pengeluar kereta nombor satu. Corak pemasaran, kapasiti pengeluaran dan kawalan kualiti yang tinggi membolehkan Perodua kekal sebagai model terlaris tempatan.

Sebelum bergabung, Perodua harus melepaskan pegangan saham secara langsung daripada Daihatsu/Toyota. Ia bagi memastikan pegangan mutlak dalam syarikat yang membenarkan mereka membuat setiap keputusan.

Dengan kata lain, Proton perlu berunding dengan Toyota/Daihatsu untuk membolehkan kedua-duanya bersatu.

Perodua dimiliki UMW Corporation sebanyak 38 peratus dan Daihatsu 20 peratus. Selebihnya dikongsi bersama Daihatsu Malaysia, Mitsui, PNB dan MBM Resources. Sejarah telah melakarkan bahawa Toyota dan anak syarikatnya, Daihatsu bukan sahaja merupakan pembuat kereta yang cekap, mereka juga peniaga yang bijak.

KANCIL masih popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------
Penjenamaan tidak menjadi masalah. Masing-masing boleh mengekalkan nama produk, kelebihannya cukup jelas jika penggabungan ini berjaya kerana model-model seperti Savvy merupakan hot-hatch yang memang diimpikan jurutera Daihatsu.

Dengan rangkaian edaran yang besar di seluruh pelosok bumi, tidak mustahil Savvy akan kembali ke pasaran yang selama ini hanya menjadi impian Proton. Kereta sebaik ini sebenarnya jauh melepasi piawaian mana-mana model Daihatsu bersaiz K-Car.

Logiknya mudah. Daihatsu tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk menjual kereta dengan kadar piawaian rendah seperti di Malaysia. Tiada yang mempertikaikan keutuhan kerangka, apatah lagi teknologi seperti ABS, beg udara dan ESP yang begitu asing untuk dibicarakan sebagai perkakasan piawai dalam mana-mana kereta baru yang dijual di Malaysia.
Dari segi teori, sekiranya penggabungan ini terjadi sudah tentulah kesan positifnya dapat dilihat pada kedua-dua pihak. Tidak mustahil kumpulan ini bakal menjadi konglomerat automotif terbesar negara.

Malah, sehingga kini sebahagian besar pasaran kereta penumpang dikuasai oleh dua syarikat ini.

Impian ini sebenarnya memang boleh menjadi kenyataan, namun banyak jalan dan liku yang perlu ditempuhi sebelum kedua-duanya dapat tinggal sebumbung. Ia bukan mudah namun tidak pula mustahil.

Ladang babi mega di Negeri Sembilan

Pecah juga berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden. Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa.

Saturday, July 24, 2010

BN lindungi little Napoleon

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini berkata, beliau menerima apa yang disifatkannya sebagai "mesej" daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin berhubung kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus.
"Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan persekutuan masih mahu mempertahankan 'little napoleon', saya ucap terima kasih atas mesej tersebut," katanya di sini, hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam berkata, Kabinet tidak boleh menerima tindakan Guan Eng yang membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah pegawai persekutuan.

Pas akan Jadi Parti Dominan Di Dalam Pakatan

PAS boleh menjadi parti dominan di dalam pakatan jika semua umat islam di Malaysia menjadikan Pas sebagai payung dalam membawa dan melaksanakan dasar-dasar Islam. Mereka boleh menunjukkan sokongan dengan menyertai Pas beramai-ramai bagi membolehkan Pas mengusai semenanjung Malaysia dan seterusnya Malaysia dan kemudiannya melaksanakan dasar islam yang tidak mampu dilakukan oleh Umno melalui parti barisan nasional yang telah menguasai malaysia sejak 50 tahun yang lalu.
Kini sudah tiba masanya untuk rakyat malaysia memberi peluang kepada Pas untuk menjadi lebih kuat lantas melaksanakan dasar yang diidamkan oleh seluruh umat islam di negara ini. Jika kita berjaya menubuhkan kerajaan kita percaya pasti segala masalah sosial,kronisme anti islam akan berjaya dihapuskan dibawah pemerintahan Pas yang adil, dan saksama berpandukan al-quran dan Hadis.
Pas perlu dikuatkan dan mendapat sokongan padu rakyat bagi membolehkan kita meneraju pakatan dalam mengepalai pakatan untuk menumbangkan BN. Sokongan terhadap Pas kini sudah meningkat berbanding beberapa tahun yang lalu walaubagaimanapun perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi sehingga pilihanraya akan datang seterusnya kita akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya tersebut.
Adalah diharapkan penguasaan islam di Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak dan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, diharapkan semoga perancangan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Ciri-ciri ulama

Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.
Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301
Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”
al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)
Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
KesimpulannyaSecara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.
Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk merekakepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya danjuga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yangmenunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.
Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati disana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang bolehdipercayai.
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.
Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Keistimewaan Ulama’
Firman Allah SWT“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)
Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)
Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)
Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknyaWahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Nasihat Luqman juga“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Malik bin Anas berkata“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
a. Orang yang terkenal bodohb. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
Ciri-Ciri Ulama’
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .
Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)
Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan danmencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi merekamenyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasimereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taalasupaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.