Tuesday, August 31, 2010

Peraturan baru Liga Perdana England EPL

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum jendela perpindahan pemain bagi musim 2010 ditutup secara rasmi menjelang 12:00 tgh malam British Time.

Semua pengurus pasukan EPL akan terus mencongak nasib pasukan masing2 kerana peraturan baru English Premier League musim ini menetapkan cuma 25 pemain boleh disenaraikan sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada 1 Januari 2011. Peraturan baru menetapkan daripada 25 pemain tersebut 8 pemain haruslah 'Homeground Player' yang mana bermain untuk kelab di England mahupun Wales 3 tahun sebelum berusia 21 tahun. Ini bermakna kelab tidak boleh lagi sewenang-wenangnya membeli 25 pemain asing bagi pasukan mereka. Di samping itu pemain di bawah 21 tahun boleh digunakan tanpa had.

Selanjutnya klik sini

Monday, August 30, 2010

8 premis bazar ramadan diarah tutup di Besut


BESUT: Lapan premis makanan di beberapa buah bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup ekoran pemeriksaan ke atas sampel makanan yang dijual didapati melanggar peraturan pengendalian dan diragui kebersihannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, tindakan itu hasil pemantauan dan penguatkuasaan di 4,339 premis di negeri itu sejak awal Ramadan.

Katanya, ekoran itu pihaknya turut merampas 519 jenis makanan dengan nilai RM2,232 dan sebanyak 27 amaran dikeluarkan kepada pemilik premis serta pengusaha kerana pelbagai kesalahan.


"Antara pelanggaran peraturan yang dilakukan daripada sampel makanan yang dianalisis ialah melakukan pelanggaran mikrobiologi dan sampel makanan tidak menepati standard petunjuk kebersihan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Kampung Raja di sini hari ini.


Beliau berkata, terdapat juga sampel makanan yang dikesan tercemar dengan bakteria E.coli (bakteria yang berasal dari najis) dan bakteria Staphylococcus Aureus yang boleh menyebabkan keracunan makanan.-Bernama

Nik Aziz saman Petronas

KUALA LUMPUR, 30 Ogos. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad untuk menuntut ganti rugi juta berhubung royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Nik Aziz yang hadir di kompleks mahkamah itu di Jalan Duta pada pukul 9.20 pagi, memfailkan saman melalui peguam terkemuka Tommy Thomas. - Utusan

Sunday, August 29, 2010

Eloklahtu: Jakim tubuh jawatankuasa tangani isu logo halal

BERA 29 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi menangani isu penggunaan logo dan makanan halal.

Jawatankuasa yang ditubuhkan baru-baru ini diketuai Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Daud Tahir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa itu adalah bagi menyelaraskan tugas serta peranan Jakim dan Kementerian itu secara lebih berkesan dalam menangani isu pengunaan logo dan makanan halal di negara ini.

"Sebuah pasukan khas turut ditubuhkan dan pasukan itu akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap peniaga dan pekedai mengenai penggunaan logo dan makanan halal terutama di restoran dan kopitiam,” katanya. - Bernama

Friday, August 27, 2010

Perbuatan yang memalukan, Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai “memalukan”.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain. – Bernama