Friday, August 27, 2010

Perbuatan yang memalukan, Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai “memalukan”.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain. – Bernama

1 comment:

  1. rasenyer mereka yg bakar bendera Malaysia nie misti dibayar ataupun disogokkan dgn berita2 yg tidak betul bg menimbulkan rasa marah terhadap Malaysia.
    Tiada gunanya kalau Indonesia dan Malaysia bergaduh. Kita berasal dari rumpun yg sama, bahasa yg hampir sama, jd sudah semestinya kita berkongsi adat dan budaya, makanan yg hampir sama. Takkan sbb makanan seperti 'rendang' pun kita nak gaduhkan. Takkanlah suatu hari nanti sbb orang Malaysia makan 'nasi' pun menjadi isu. Takkanlah disebabkan orang Indonesia makan nasi orang Malaysia x boleh makan nasi jgk. Janganlah 'expect' perut orang Malaysia boleh makan 'spaghetti' ganti nasi. Oleh itu, perkara2 yg dibangkitkan sgt2 x masuk akal. Fikir-fikirkanlah....

    ReplyDelete