Wednesday, September 1, 2010

Chong Wei beri alasan kekalahan di tangan Taufik Hidayat


Sepang: Lee Chong Wei memboikot Kejohanan badminton China Masters di Changzhou bermula dari 14-19 September, dengan keputusan itu Malaysia tanpa wakil perseorangan lelaki untuk kejohanan tahun ini.

Jurulatih Misbun Sidek mengambil keputusan tersebut selepas perbincangan dengan Chong Wei agar tidak membebankan  Chong Wei untuk tidak akan memburukkan lagi risiko kecederaan belakang beliau.

Pada kejohanan Dunia yang lalu, Chong Wei ada  mengeluh sakit belakangnya kembali ketika pusingan ketiga melawan pemain  India Rajiv Ouseph di Kejohanan Dunia di Paris Rabu lalu.

Sakit belakang ini juga menjadi punca kekalahan beliau di tangan bekas juara dunia dan juara Olimpik Taufik Hidayat dari Indonesia pada suku akhir keesokan harinya.

"Saya ingin Chong Wei pulih  sepenuhnya kerana ada beberapa perlawanan penting yang akan datang ( Commonwealth Games dan Asian Games pada bulan Oktober dan November, masing-masing) " kata Misbun, sekembalinya dari Paris untuk kejohanan dunia.

"Chong Wei, memerlukan rawatan dan pemerhatian sepenuhnya oleh ahli perubatan untuk mengetahui bagaimana seriusnya keadaannya dan kemampuan beliau untuk meneruskan latihan penuh .. Kami telah berunding dengan doktor di sana (Paris) dan dia mengatakan bahawa Chong Wei telah mengalami kembali kecederaan belakangnya.

No comments:

Post a Comment