Sunday, September 26, 2010

Siasatan kes Sosilawati masih belum diselesaikan.

GEORGETOWN: “Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, dan siasatan dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, sehingga kini polis masih meneruskan siasatan daripada pelbagai aspek mengenai kes pembunuhan yang berlaku dan pihaknya akan menyelesaikan segala siasatan tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini semalam.


Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas.


Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, Ketua Cawangan Khas, Datuk Rosli Abbas dan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman.


Kelmarin, polis membawa semula semua suspek dan beberapa rakannya ke lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, dipercayai bagi menjalankan siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment