Assalamualaikum dan salam ramadhan.
Hampir dua minggu kita sudah berjaya menjalani ibaah puasa. Hari raya tidak lama lagi. Sudah tentu ramai yang akan pulang ke kampung. Berikut adalah tips mudah sebelum pulang ke kampung.
Tips keselamatan rumah:
1. Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
2. Selain itu, bagi mereka yang membuat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.
3. Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran kalau ada kebakaran mereka boleh memaklumkan kepada pihak bomba secepat mungkin.
4. laporkan kepada balai polis berhampiran tentang ketiadaan kita di rumah sebelum pulang ke kampung
5. Paling penting jangan lupa kunci rumah
6. Bacalah ayat kursi dan mohon keselamatan rumah dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment