Tuesday, August 31, 2010

Peraturan baru Liga Perdana England EPL

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum jendela perpindahan pemain bagi musim 2010 ditutup secara rasmi menjelang 12:00 tgh malam British Time.

Semua pengurus pasukan EPL akan terus mencongak nasib pasukan masing2 kerana peraturan baru English Premier League musim ini menetapkan cuma 25 pemain boleh disenaraikan sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada 1 Januari 2011. Peraturan baru menetapkan daripada 25 pemain tersebut 8 pemain haruslah 'Homeground Player' yang mana bermain untuk kelab di England mahupun Wales 3 tahun sebelum berusia 21 tahun. Ini bermakna kelab tidak boleh lagi sewenang-wenangnya membeli 25 pemain asing bagi pasukan mereka. Di samping itu pemain di bawah 21 tahun boleh digunakan tanpa had.

Selanjutnya klik sini

Monday, August 30, 2010

8 premis bazar ramadan diarah tutup di Besut


BESUT: Lapan premis makanan di beberapa buah bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup ekoran pemeriksaan ke atas sampel makanan yang dijual didapati melanggar peraturan pengendalian dan diragui kebersihannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, tindakan itu hasil pemantauan dan penguatkuasaan di 4,339 premis di negeri itu sejak awal Ramadan.

Katanya, ekoran itu pihaknya turut merampas 519 jenis makanan dengan nilai RM2,232 dan sebanyak 27 amaran dikeluarkan kepada pemilik premis serta pengusaha kerana pelbagai kesalahan.


"Antara pelanggaran peraturan yang dilakukan daripada sampel makanan yang dianalisis ialah melakukan pelanggaran mikrobiologi dan sampel makanan tidak menepati standard petunjuk kebersihan," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Kampung Raja di sini hari ini.


Beliau berkata, terdapat juga sampel makanan yang dikesan tercemar dengan bakteria E.coli (bakteria yang berasal dari najis) dan bakteria Staphylococcus Aureus yang boleh menyebabkan keracunan makanan.-Bernama

Nik Aziz saman Petronas

KUALA LUMPUR, 30 Ogos. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad untuk menuntut ganti rugi juta berhubung royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.

Nik Aziz yang hadir di kompleks mahkamah itu di Jalan Duta pada pukul 9.20 pagi, memfailkan saman melalui peguam terkemuka Tommy Thomas. - Utusan

Sunday, August 29, 2010

Eloklahtu: Jakim tubuh jawatankuasa tangani isu logo halal

BERA 29 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi menangani isu penggunaan logo dan makanan halal.

Jawatankuasa yang ditubuhkan baru-baru ini diketuai Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Daud Tahir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa itu adalah bagi menyelaraskan tugas serta peranan Jakim dan Kementerian itu secara lebih berkesan dalam menangani isu pengunaan logo dan makanan halal di negara ini.

"Sebuah pasukan khas turut ditubuhkan dan pasukan itu akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan terhadap peniaga dan pekedai mengenai penggunaan logo dan makanan halal terutama di restoran dan kopitiam,” katanya. - Bernama

Friday, August 27, 2010

Perbuatan yang memalukan, Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Ogos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lepas sebagai “memalukan”.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

"Memang perkara itu memalukan kerana kita berjiran, sebangsa dan seagama, kenapa boleh jadi begitu? Ini memalukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu diwawancara sebuah stesen televisyen Indonesia, TV One.

Beliau yang diminta mengulas insiden Isnin lepas itu juga berpandangan Malaysia dan Indonesia adalah seperti dua beradik yang seharusnya menjadi contoh baik kepada negara lain. – Bernama

Thursday, August 26, 2010

Sah Aida dan Radzwil bercerai

Lepas sorang-sorang pulak artis Malaysia ni yang bercerai,Kali ni Aida Radzwill  dan Joe Radzwill sudah sah bercerai.

Joe Radzwill,39 atau nama sebenarnya Mohd Radzwill dan Aida Radzwill,52 atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad bernikah pada 6 November 2002 di Wilayah Yala Selatan Thailand.Macam-macam kisah mengenai rumah tangga Aida dan Joe yang didengar tapi rasanya macam tak best pulak nak dedahkan.

Kepada Aida semoga anda tabah menghadapi ujian ini dan menerimanya sebagai satu dugaan dari Maha Esa.Hidup perlu diteruskan teruskan.

Pemimpin PAS jangan jadi lelaki lembut

PAS seperti sudah menjadi pondan semenjak era UG. Diperburukkan lagi oleh penyokong-penyokong taksub UG sehinggakan PAS menjadi semakin hari semakin lesu lantarannya. Ditambah pula dengan YB-YB khianat yang sudah tidak lagi bersama rakyat dan perjuangan, tetapi telah leka dan alpa dengan kemewahan, pangkat dan kekayaan.

Ceramah-ceramah PAS sudah lesu, ceramah pemimpin-pemimpin tertinggi parti terutama dari mereka yang dikaitkan dengan UG sudah kurang, dan kalau ada pun tidak mendapat sambutan rakyat kerana sudah tiada "roh perjuangan" di dalam ceramah-ceramah tersebut. Pemimpin tertinggi parti adanya sudah tidak bersama rakyat lagi di dalam perhimpunan-perhimpunan seperti Perhimpunan Anti-ISA, Anti-Kenaikan Harga dan sebagainya kerana sayangkan kedudukan dan takut ditangkap polis!

Malah sudah ada pemimpin PAS yang beralasan "selsema", itu sebab tak dapat hadir di perhimpunan. Belum lagi hilang tangan hilang kaki seperti para pejuang peperangan Badar, Uhud dan Khandak.

Pemimpin PAS sudah dijangkiti penyakit futur (lembab). Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis dan akan menimpa mereka secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau melambat-lambatkan. Sering memberi alasan bahawa tugas dakwah itu sukar dan tidak mampu untuk melaksanakannya, meminimakan penglibatan diri dalam misi dakwah organisasi atau sekadar menawar diri untuk membuat tugasan yang paling mudah sahaja. Sedangkan kemuncak penyakit futur ini adalah berhenti sama sekali setelah sebelumnya rajin dan bersemangat.

Ada yang memberikan alasan "wala' kepada pemimpin" untuk terus mempertahankan pemimpin yang futur ini


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/08/pas-parti-pondan-lesbian-muaha-ha.html#ixzz0xesg4K4U

Wednesday, August 25, 2010

Hafiz pula gagal pusingan ke dua.


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pemain no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di Paris selepas menundukkan rakan senegara Muhammad Hafiz Hashim 21-16, 21-16 malam ini. - Utusan

Tuesday, August 24, 2010

Jualan murah!!!! pengguna mudah diperdaya


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.


MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.
Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.


PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.


Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.



Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.



Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.



Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.



Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.



“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.



“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.



Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.



“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.



“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.



Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.





Manchester city belasah Liverpool cap Ayam

Liverpool beraksi seperti ayam tempang apabila dibelasah oleh pasukan berprofile tinggi Manchester city. Gol-gol city dijaringkan oleh Gareth barry, Teves (2) menewaskan penjaga gol berkepala botak Liverpool Pepe Reina.

Manchester City berjaya melepasi ujian awal dengan mudah kerana pasukan Liverpool kelihatan lemah di setiap posisi jika dibandingkan dengan pasukan impian Manchester City. Barisan tengah Liverpool yang diketuai pleh kapten pasukan Gerrard gagal mengekang kehebatan bekas pemain Barcelona Yaya Toure yang bergandingan baik dengan Garreth Barry untuk menguasai sebahagian besar perlawanan.

Monday, August 23, 2010

Panduan sebelum balik kampung

Assalamualaikum dan salam ramadhan.


Hampir dua minggu kita sudah berjaya menjalani ibaah puasa. Hari raya tidak lama lagi. Sudah tentu ramai yang akan pulang ke kampung. Berikut adalah tips mudah sebelum pulang ke kampung.

Tips keselamatan rumah:

1. Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
2. Selain itu, bagi mereka yang membuat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.

3. Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran kalau ada kebakaran mereka boleh memaklumkan kepada pihak bomba secepat mungkin.

4. laporkan kepada balai polis berhampiran tentang ketiadaan kita di rumah sebelum pulang ke kampung
 
5. Paling penting jangan lupa kunci rumah
 
6. Bacalah ayat kursi dan mohon keselamatan rumah dari Allah SWT.

Sunday, August 22, 2010

Giliran Nanban pula buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang harian Tamil Malaysia Nanban, M S Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.


Maryanandy berkata, beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya. "Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Tamil Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini. Maryanandy berkata, pada malam semalam ketuanya Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang juga pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau.

"Ugutan yang sama yang diterima oleh Shafee, di mana pemuda itu tidak bagi tulis sebarang berita (mengenai isu itu). Kalau tidak, dia akan serang kami dan kami akan dibunuh," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Superintendan Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu, dan perkara itu akan disiasat. -Bernama

Keputusan EPL Sabtu 22/8/2010

22/08/2010 4:58am


Arsenal 6, Blackpool 0
Birmingham 2, Blackburn 1
Everton 1, Wolverhampton 1
Stoke 1, Tottenham 2
West Bromwich Albion 1, Sunderland 0
West Ham 1, Bolton 3
Wigan 0 Chelsea 6

Tuesday, August 17, 2010

Sah Mesut Ozil ke Real Madrid

Pemain sensasi German, Mesut Ozil sah ke Real Madid dengan yuran perpindahan sekitar 15 juta Euro. Pemain ini telah menjaringkan gol sensasi ketika menentang Ghana yg menyaksikan pasukan German layak ke pusingan kalah mati.

Mesut Ozil merupakan imigran berbangsa Turki dan mempunyai kerakyatan German, hampir 7 juta bangsa Turki menetap di German.

Sesuatu yg menarik mengenai pemain ini, beliau akan membaca Al-Quran di bilik persalinan sebelum masuk beraksi di atas padang.

Semoga pemain ini terus maju jaya dalam permainannya.

Monday, August 16, 2010

Remaja 16 tahun kongsi rahsia jadi jutawan

LONDON: Seorang pengusaha laman web yang bersekolah di United telah berubah menjadi jutawan pada umur 16.

Jaguh Komputer Kristian Owens mendirikan syarikat pertama dengan wang saku di usia 14 tahun dan satu tahun kemudian memulakan venture Box Bundle Mac, yang menjual harga pakej aplikasi komputer Apple Mac, telah menerima £ 700,000 sejak tahun 2008.

Kristian, yang telah menggunakan komputer sejak ia berusia tujuh tahun, kemudian melancarkan laman web iklan Branchr pada tahun 2009,dia hanya bekerja selepas sekolah dan pada akhir semester.

Dia menggaji lapan pekerja dewasa di Inggeris dan Amerika Syarikat sebagai jualan dan pembantu teknikal. Kristian mengatakan, dia terinspirasi oleh Supremo Apple Steve Jobs dan merancang untuk menukar Branchr menjadi perniagaan 100,000,000 £.


Baca lebih lanjut: Inggeris sekolahan, 16, menjadi jutawan - US - Dunia - The Times of India http://timesofindia.indiatimes.com/world/us/UK-schoolboy-16-becomes-a-millionaire/articleshow/6312781.

Sunday, August 8, 2010

Top 10 Most Popular Sports in the World


1) Soccer ( 3,5 billion Fans )


2) Cricket ( 3 billion Fans )


3) Field Hockey ( 2,2 billion Fans )


4) Tennis ( 1 billion Fans )


5) Volleyball ( 900 million Fans )


6) Ping Pong ( 900 million Fans )


7) Baseball ( 500 million Fans )


8) Golf ( 400 million Fans )


9) American Football ( 400 million Fans )


10) Basketball ( 400 million Fans )

Thursday, August 5, 2010

Team Sports in Summer Olympics

1) Soccer
2) Basketball
3) Volleyball
4) Field Hockey
5) Handball
6) Water Polo
7) Baseball
8) Softball

Wednesday, August 4, 2010

Benitez Signing in Liverpool FC

1) Nunez ( Trade with Michael Owen with Real Madrid )
2) Luis Garcia ( 6 million Pounds from Barcelona )
3) Xabi Alonso ( 10 million Pounds from Real Sociedad )
4) Fernando Morientes ( 6.3 million Pounds from Real Madrid )
5) Peter Crouch ( 7 million Pounds from Southphampton )
6) Pepe Reina ( 6 million Pounds from Villareal )
7) Momo Sissoko ( 5.6 million Pounds from Valencia )
8) Bolo Zenden ( Free )
9) Robbie Fowler ( Free )
10) Jan Kromkamp
11) Dani Agger ( 5.8 million Pounds from Brondby )
12) Craig Bellamy ( 6 million Pounds from Blackburn )
13) Mark Gonzalez ( 1.5 million Pounds from Albacete )
14) Nabil El Zhar ( Free )
15) Javier Mascherano ( 18 million Pounds from West Ham Utd )
16) Jermain Pennant ( 6.7 million Pounds from Arsenal )
17) Lucas Leiva ( 6 million Pounds from Gremio )
18) Ryan Babel ( 11.5 million Pounds from Ajax )
19) Fernando Torres ( 20 million Pounds from A. Madrid )
20) Andriy Voronin
21) Emiliano Insua
22) Martin Skrtel ( 6 million Pounds from Zenit )
23) Robbie Keane ( 19 million Pounds from Spurs )
24) David Ngog ( 1.5 million Pounds from PSG )
25) Albert Riera ( 8 million Pounds from Espanyol )
26) Glen Johnson ( 18 million Pounds )
27) Kyrgiakos ( 2 million Pounds )
28) Aqualani ( 17 million Pounds from AS Roma )
29) Maxi Rodriguez ( Free )